Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Kadar Kemalangan Pekerja Ulang...

KEMAMAN - Kadar kemalangan melibatkan perjalanan ulang alik pekerja ke tempat kerja dan...

2 Wanita Trauma Dirompak...

BUKIT MERTAJAM - Dua wanita bukan sahaja kerugian ribuan ringgit malah trauma bila...

Cari Formula Terbaik Untuk...

PEKAN - UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti,...

Dituduh Orang Ketiga, Faye Kusairi Gesa Elly Mazlien Mohon Maaf

PELAKON muda, Faye Kusairi yang dituduh oleh Elly Mazlien sebagai punca perceraiannya dengan bekas suami menafikan tuduhan tersebut dan meminta agar Elly menarik balik tuduhan tersebut serta meminta maaf secara terbuka.

“Dia tidak menjawab permintaan saya dan belum meminta maaf. Dia berkata tidak menuduh sesiapa, jadi bukanlah saya yang menjadi punca.

“Saya cuma mahu melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat. Saya mahu tegakkan kebenaran yang saya bukan punca perceraian mereka. Perkara lain, anda boleh bertanya dengan peguam saya,” ujarnya.

Elly Mazlein kini sedang berada dalam tempoh berpantang. (Sumber Foto: Instagram)
Elly Mazlein kini sedang berada dalam tempoh berpantang. (Sumber Foto: Instagram)

Faye menambah, keadaan Elly yang tertekan dan sedih setelah apa yang berlaku ketika dalam tempoh berpantang juga mungkin menyebabkan dia senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga membuat tuduhan seperti itu.

Dia memberikan Elly tempoh selama dua bulan untuk menarik balik tuduhan yang dilakukan dan jika gagal berbuat demikian, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori