Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pengeluaran KWSP: Pencen Nanti...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja...

Selamba Bawa Babi Camni,...

Aduh, masihkah ada manusia bingai yang mengaku rakyat Malaysia tapi tak faham sensitiviti...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

Isu Anjing Dalam Troli...

BERIKUTAN tersebarnya gambar dua wanita membawa anjing dalam troli di KLIA, pihak Malaysia...

Rai 1 Juta ‘Popaholics’ Dengan Video Jerawat Pecah (Yucks!)

jerawat

MEMPEROLEH pelanggan (subscribers) YouTube sehingga 1 juta bukan mudah dan ianya boleh dianggap satu kejayaan bagi sesiapa sahaja yang berjaya mencapainya.

Maka bagi Dr Sandra Lee atau lebih dikenali dalam kalangan peminat saluran YouTubenya sebagai Dr Pimple Popper, ianya sesuatu yang harus diraikan dengan video paling hebat.

Sehubungan itu beliau memuat naik satu video yang pasti disukai peminatnya, walaupun mungkin pada sesetengah yang lain, terlalu menjijikkan.

Ianya adalah video kompilasi Dr Pimple Popper meletupkan jerawat dan buntil pada kulit para pelanggannya hingga memuntahkan isi dalam yang pelbagai rupa, bentuk dan warna.

Pimple2

Pada kapsyen video yang diberi tajuk  ’50 shades of DrPimplePopper: A 1 Million Subs Special’ itu Dr Pimple Popper turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang digelar ‘popaholics’ kerana meminati hasil kerjanya sebagai ahli dermatologi yang mengeluarkan apa sahaja di sebalik kulit manusia.


AMARAN!! Sebelum tonton video kompilasi hasil kerja Dr Pimple Poppers di bawah pastikan anda bukan seorang penggeli dan tidak kunyah makanan ketika menontonnya.

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori