Bangkok – Polis semalam membawa 21 suspek dadah warga Malaysia ke mahkamah di sini untuk mendapat perintah tahanan 12 hari terhadap mereka.
Polis Kereta Api menahan 15 keldai dadah dan menangkap 226 kilogram dadah syabu – yang turut dikenali sebagai ‘ice’ – dan lapan kilogram heroin di atas kereta api dari Bangkok ke Padang Besar pada Rabu lalu.
Keesokannya, enam lagi rakyat Malaysia pula ditahan.
Dalam serbuan berasingan, Pasukan Khas Pha Muang merampas 48,000 pil ‘yaba’ di kampung Ban Hua Kham, di Chiang Rai.
Dua suspek lelaki berjaya melarikan diri menaiki motosikal. – Agensi/myMetro Online