Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: Pemotongan Cukai...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan pemotongan cukai pendapatan dua peratus kepada...

TMJ Letak Jawatan Penasihat...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan...

Atlet Filipina Mahu Aksi...

SEPANG - Kontinjen Filipina mahu memastikan mereka mendapat lebih banyak pingat emas dalam...

TMJ Mahu Johor Kuasai...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Johor menjadi...

Cuaca Panas Melampau, Ibu Bapa Risau Anak Kena Strok Haba

ALOR SETAR – Ibu bapa di sini bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing ekoran cuaca panas melampau sehingga melebihi 37 darjah Celcius yang dicatatkan sejak awal bulan ini.

Ibu kepada pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Shah, Mashitah Abu Bakar, 58, berkata beliau bimbang dengan kesihatan anaknya Muhammad Ilman Syahir Ibrahim, 17, yang kerap ulang-alik ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan.

“Sebelum ke sekolah, saya akan pastikan anak saya membawa bekalan air yang mencukupi dan menyuruhnya terus pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan kerana bimbang akan terdedah di bawah cuaca panas.

“Perasaan bimbang itu sedikit terubat apabila mendapat tahu bahawa semua aktiviti luar kelas tidak akan dijalankan tetapi saya minta pihak Kementerian Pendidikan dapat membuat keputusan yang wajar sekiranya keadaan suhu semakin tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mashitah berkata sejak berlakunya fenomena El Nino ini, anaknya kerap letih dan tidak aktif menjalankan kegiatan sukan selain lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah.

“Kalau sebelum ini dia suka main bola sepak bersama kawan-kawannya tetapi sejak musim panas ini saya minta dia kurangkan aktiviti di luar kerana bimbang dia akan terkena strok haba. Saya juga menyediakan beberapa makanan tambahan bagi mengekalkan kecergasannya semasa di sekolah,” katanya.


Mat Nazari Mat Jasi, 52, berkata walaupun anaknya Mohd Hafiz Mat Nazari, 15, tidak menunjukan sebarang simptom terkena strok haba, namun beliau masih bimbangkan kesihatan anaknya itu yang mudah jatuh sakit.

“Anak senang demam tetapi setakat ini kesihatannya tiada masalah cuma kami kena pastikan dia tidak terdedah dengan cuaca panas terlalu lama selain memastikan dia kerap minum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar.

“Saya juga akan menghantar dan mengambil anak di sekolah dan sekiranya bekerja, saya akan minta anak untuk membawa payung. Sekurang-kurangnya dia (anak) terlindung sedikit daripada pancaran matahari dan suhu yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori