KOTA KINABALU – Tiga individu dikejarkan ke Hospital Likas selepas disyaki terhidu gas daripada baja ikan di dalam sebuah kapal di Pelabuhan Sabah di Sepanggar pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata dua mangsa lagi masih berada di lokasi kejadian.
Beliau berkata kejadian dilapor berlaku kira-kira 8.18 pagi. – BERNAMA