Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pilpres 2019: Jokowi Selesa...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo yang mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden 2019,...

Gula-Gula Popular White Rabbit...

BAGI individu yang menjalani kehidupan kanak-kanak pada tahun 90-an, pastinya gula-gula merupakan item...

Tahun Baharu Cina: Pengguna...

KUALA LUMPUR - Bilangan pengguna Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dijangka mencecah 19,000 orang...

Hakim, Jeneral, Polis Filipina...

MANILAƂĀ - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang hari ini mengumumkan secara terbuka pembabitan lebih...

5 Bekas Pemain Kelantan Terima Bayaran Tunggakan Gaji

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memenuhi janjinya untuk menjelaskan tunggakan gaji bekas pemainnya secara berperingkat selepas mendapat wang tajaan.

Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini mengesahkan lima bekas pemain pasukan itu telah pun menerima bayaran awal tunggakan gaji mereka.

“PFAM dengan rasa suka cita ingin memaklumkan bahawa lima bekas pemain pasukan Kelantan telah menerima bayaran awal nilai tunggakan gaji daripada pihak KAFA.

“Kelima-lima pemain telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bayaran awal pada 15 Mac 2016,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Beliau dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya berterima kasih kepada KAFA kerana memenuhi janji dan mendoakan selamat maju jaya buat KAFA pada saingan musim ini.

“PFAM turut berharap tindakan positif dan profesional yang sama daripada pihak Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT).


“PFAM juga menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempercepatkan proses rayuan Felda United bagi menyelesaikan isu tunggakan bayaran pemain,” katanya.

KAFA sebelum ini memaklumkan akan menjelaskan tunggakan gaji lima bekas pemainnya selepas mendapat wang tajaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Mohd Noor dipetik berkata, KAFA telah mempunyai jadual pembayaran bagi melunaskan hutang terhadap pemain berkenaan dan ia akan diselesaikan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori