Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Bila Kali Terakhir Kamera...

KALAU sebelum ini, kita digemparkan mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Neelofa yang menegur sikap...

Bekalan Sotong Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Bekalan sotong di Terengganu adalah selamat untuk dimakan dan bebas...

Mangsa Banjir Baling Dibenarkan...

BALING: Semua mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibenarkan...

18 Orang Dihukum Mati...

COLOMBO - Sebuah mahkamah di Sri Lanka menjatuhkan hukuman mati ke atas 18...

652 Rumah Kekal Baharu Untuk Mangsa Banjir Dijangka Siap Jun

KOTA BHARU – Sebanyak 652 rumah kekal baharu (RKB) sedang dalam pembinaan untuk penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir pada 2014, dijangka dapat disiapkan pada Jun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu, sebanyak 516 RKB sedang dibina oleh Kerajaan Persekutuan manakala 136 RKB oleh kerajaan Kelantan.

“Daripada 1,661 RKB yang perlu dibina untuk mangsa banjir hanya tinggal 652 RKB yang kini masih dalam pembinaan dan kita berazam untuk menyiapkannya pada penghujung Jun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kelewatan untuk menyiapkan rumah terbabit disebabkan kekangan untuk mendapatkan tanah yang sesuai sebagai tapak pembinaan rumah berkenaan.


“Bagi penduduk yang mempunyai tanah sendiri tidak menjadi masalah untuk kita bina rumah tetapi lebih separuh daripada mereka yang terbabit tidak mempunyai tanah sendiri kerana sebelum ini mereka tinggal di tanah rizab dan mereka ini tidak dibenarkan untuk mendirikan semula rumah di atas tanah rizab tersebut,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengambil masa untuk mencari tanah yang sesuai sama ada milik agensi kerajaan atau membelinya daripada individu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori