Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lady Gaga, Tunang Berbogel...

PENYANYI kontroversi, Lady Gaga dan tunangnya, Taylor Kinney mencetuskan kontroversi apabila berbogel untuk...

KKR Teliti Pembinaan Lebuh...

Kuala Lumpur : Kementerian Kerja Raya (KKR) meneliti beberapa cadangan penyuraian kesesakan trafik...

Johor Akan Bina Stadium...

KUALA LUMPUR - Johor akan menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai stadium tertutup...

Baba & Nyonya Bukan...

MELAKA - Budaya Baba dan Nyonya yang sinonim dengan negeri ini bukan sekadar...

7 Pengawal Keselamatan Ditahan Guna Kad Pengenalan Palsu

PUTRAJAYA – Tujuh pengawal keselamatan ditahan dalam Ops ID malam semalam kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di Cyberjaya.

Mereka yang berumur antara 30 dan 40 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 10.30 malam yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya di MCMC Tower 1 & 2, Cyberjaya ketika sedang bertugas di premis berkenaan.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata ketika di lokasi, pengawal keselamatan itu mendakwa mereka berasal dari Sabah dan merupakan anak jati negeri itu.

“Siasatan ke atas kesemua kad pengenalan yang digunakan mendapati ianya adalah palsu,” tambah kenyataan itu.

Menurut JPN, siasatan mendapati mereka mendapatkan kad pengenalan itu melalui sindiket di Sandakan, Sabah dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setiap satu.


Kenyataan itu menambah, siasatan lanjut ke atas kesemua pengawal keselamatan terbabit mendapati enam daripadanya mengaku berasal dari Basilan, Filipina manakala seorang mengaku berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia.

Menurut JPN, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat JPN, Putrajaya untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori