Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai SPRM Pula Ditangkap...

LAZIMNYA, media tempatan sering memaparkan anggota atau pegawai polis ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan...

Malakoff-Meccanica Bangun Projek Tenaga...

KUALA LUMPUR - Malakoff Corporation Bhd menjalin kerjasama dengan Touch Meccanica Sdn Bhd...

Ibu Terkilan Tak Sempat...

MUAR : Ibu empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung...

Tak Sangka Menang Anugerah,...

TIDAK sangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Watak Utama Terbaik pada kemuncak Anugerah...

Aceh Terima Kunjungan Leonardo DiCaprio, Lihat Orang Utan

PEMENANG anugerah Oscar menerusi filem The Revenant sebagai Hugh Glass baru-baru ini menghabiskan masa seminggu di Aceh bersama-sama rakan aktornya iaitu Adrian Brody dan Fisher Steven melawat Taman Negara Gunung Leuser.

Pelakon dan aktivis alam sekitar, Leonardo DiCaprio melawat Taman Negara Gunung Lueser untuk melihat secara dekat hidupan liar seperti Orang Utan dan beberapa haiwan lain yang hampir pupus.

Selain aktif sebagai pencinta alam sekitar, Leo juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk memulihara alam sekitar bersempena namanya.

Capture

Yayasan ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu dan menyokong projek pemuliharaan hutan seperti pembinaan benteng, melatih ranger hidupan liar serta melaporkan tentang kemusnahan habitat yang berlaku.

Selain mengadakan lawatan di stesen penyelidikan, hero filem Titanic yang tiba dengan helikopter, sempat bermesra dengan penduduk tempatan dan para pelajar di sekolah rendah di Ketambe.


Pelakon berusia 41 tahun ini dan rakan-rakan menghabiskan masa selama dua jam bermesra dengan Orang Utan di Pusat Penyelidikan Ketambe, demikian menurut sebuah laman web Indonesia.

898692_800wc

Pada Januari lalu, sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Leo mengumumkan bahawa Yayasannya telah menderma sebanyak $15 juta untuk projek alam sekitar termasuklah dana untuk melindungi hutan hujan Sumatera. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori