Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Filem Bohsia Didakwa...

PROSES mediasi antara Skop Productions yang diwakili Datuk Yusuf Haslam dan anaknya, Syamsul Yusuf...

DAP Serahkan Laporan Penyata...

PUTRAJAYA - DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran...

Nurul Izzah Beri Keterangan...

IPOH -Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan memberi keterangan kepada pihak polis...

Awak Pinjaman Sementara! –...

MANUSIA hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang...

Adenan Alu-Alu Program Kerajaan Pusat Di Sarawak

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berterima kasih kepada kerajaan pusat, khususnya menteri-menteri, yang mengambil berat tentang negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai program untuk rakyat.

Sikap “ambil peduli” mereka amat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dan rakyat Sarawak, katanya.

Adenan berkata demikian ketika berucap melancarkan serentak Program Kembara Kasih@KPWKM dan Program Kembara Kabjikan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kompleks Sukan Lundu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah menteri KPWKM Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Adenan berkata pembangunan sudah datang kepada rakyat negeri ini dan beliau memberi jaminan bahawa ia akan berterusan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Menyentuh soal kebajikan rakyat, Adenan mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk golongan kaya supaya mereka membantu rakyat yang memerlukan.


Katanya kerajaan negeri amat bebesar hati dengan keprihatinan KPWKM menyediakan kemudahan dan bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sarawak dengan penubuhan Pusat Dalam Komuniti (PDK) baharu di Satok dan Kuching.

Mengenai pembangunan di daerah Lundu dan Sematan, beliau berkata terdapat tiga projek utama yang sedang dan akan dilaksanakan, iaitu Lebuh Raya Pan Borneo yang menelan belanja RM16 bilion membabitkan pembinaan dari Lundu hingga ke Lawas, Projek Tebingan Lundu dan Projek Tebingan Sematan.

Katanya daerah Lundu dan Sematan terutama Tanjung Datu merupakan tempat yang sangat indah dan menarik dan sewajarnya dimajukan dengan pelbagai kemudahan untuk menarik kehadiran pelancong.

Beliau juga menggesa supaya kontraktor projek Lebuh Raya Pan Borneo mengutamakan pengambilan pekerja dalam kalangan orang tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori