Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ESSCom Mahu “No Fly...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mahu Zon Selamat...

Berderau Darah Terkepit Kaki...

KUANTAN – Baru setahun bekerja, sudah buat silap besar! Itu yang terlintas dalam...

Bekas Suami Ucap Selamat...

WALAUPUN sudah tidak lagi mempunyai ikatan sebagai suami isteri namun nampaknya hubungan pelakon...

Mukhriz Terpaksa Guna Khidmat...

JITRA – Penglibatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara ‘ekspres’ dalam dunia politik sehingga...

ADUN DAP Serah Notis Usul Pindaan Perlembagaan

GEORGE TOWN – Wakil rakyat DAP hari ini menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu berkata usul itu diserah kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diteliti dan dikaji oleh Jawatankuasa Perlembagaan sebelum dibentangkan dalam persidangan DUN akan datang.

“Ini adalah surat rasmi. Sebelum ini (usul) semua perbahasan awal, bertukar-tukar maklumat dan saling memahami pandangan setiap orang sama ada bersetuju atau menentang.

“Hari ini, saya percaya, adalah masa untuk mengemukakan usul ini memandangkan kami sudah membahaskan isu ini sejak dua atau tiga tahun lepas di dalam DUN. Masa yang cukup bagi semua orang untuk mempertimbangkannya.

“Saya percaya bahawa kita perlu menggalakkan tadbir urus yang baik, malah kewibawaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan usul itu, di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Pada persidangan DUN 10 November 2014, Teh mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.

Namun, usul itu ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat.


Teh berkata usul itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian, bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan.

Malah katanya telah terbukti negara-negara yang mempraktikkan sistem penggiliran itu seperti Thailand serta Trinidad and Tobago lebih membangun dan berjaya.

Justeru, beliau berharap Jawatankuasa Perlembagaan dapat mempertimbangkan usul pindaan berkenaan untuk dibawa ke sidang DUN, seterusnya diterima dan diluluskan.

“Dengan adanya pindaan ini Perlembagan Negeri Pulau Pinang akan lebih sempurna dari segi pendemokrasian,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori