Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Bila Saya Mengurat Bini...

SUSAH sebenarnya jadi artis... ada sahaja tidak kena. Begitu yang berlaku kepada pelakon...

Jabatan Kesihatan P. Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di...

Mayat Dalam Longkang Ada...

SHAH ALAM - Mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah longkang di Persiaran...

Lawak Kumpulan Jalur MLM...

PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat...

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Hakim Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari Isnin mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Wira Aziah Ali.

Selain kedua-dua mereka, Tuanku Abdul Halim turut berkenaan mengurniakan surat cara pelantikan kepada sembilan Hakim Mahkamah Rayuan dan lima Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.

Sembilan Hakim Mahkamah Rayuan itu terdiri daripada Datuk Zaleha Yusof, Datuk Kamardin Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Hasnah Mohammed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Asmabi Mohamad.

Lima yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pula ialah Siti Khatijah S. Hassan, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, Nantha Balan E.S Moorthy, Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.


Turut hadir pada majlis itu ialah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, pemangku Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Nurchaya Arshad dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori