Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Manusia Tertua Berumur 117...

MANUSIA tertua di dunia, Nabi Tajima yang berasal dari Jepun telah menghembuskan nafas...

Letusan Gunung Merapi: AirAsia...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Yogyakarta disebabkan...

Zul Huzaimy Akhiri Zaman...

TANGGAL 20 Februari melakar sejarah dalam hidup pelakon terkenal, Zul Huzaimy apabila selamat...

Manfaatkan Teknologi Untuk Pengajian...

KUALA LUMPUR - Kecanggihan teknologi terkini perlu dimanfaatkan secara kreatif dalam sistem pengajian...

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Parlimen Ke-13

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Isnin merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berserta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd Eqram Mohd Rosli yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selepas itu lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das.


Selesai istiadat tersebut Tuanku Abdul Halim diiringi ke Bilik Diraja untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 7 April sementara Dewan Negara dari 18 April hingga 4 Mei selama 11 hari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori