Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada RCI Siasat Penjualan...

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi...

Wanita Lahir Anak Perempuan...

INDIA – Malang menimpa seorang ibu muda berusia 25 tahun apabila dia dikurung...

Turki Tarik Balik Larangan...

ANKARA - Tentera Turki mula menarik balik larangan bersejarah mengenai pemakaian tudung ketika...

Polis Selesai Siasatan Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1Malaysia Development Berhad...

Agong Rasmi Shopping Mall Terbesar Di Kedah

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan kompleks beli-belah terbesar di Kedah Aman Central di sini hari ini.

Ketibaan baginda kira-kira pukul 11 pagi disambut Pengarah Urusan Belleview Group yang juga pemilik Aman Central Datuk Sonny Ho.

Sumber Foto: Facebook Lim Seongwah
Sumber Foto: Facebook Lim Seongwah

Turut berangkat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Putri Intan Shafinaz.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din serta Exco kerajaan negeri.

Sumber Foto: Facebook Lim Seongwah
Sumber Foto: Facebook Lim Seongwah

Aman Central dibina di atas tanah seluas 1.25 juta kaki persegi dan memiliki ruang perniagaan berkeluasan 800,000 kaki persegi.


Sejak dibuka pada 1 Okt lalu, kompleks beli-belah itu yang menawarkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dikatakan telah menarik kedatangan 1.2 juta pengunjung setiap bulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori