Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tunku Imran Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran...

Ibu Bapa Budak Lemas...

KUANTAN - Ibu bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di bekas lombong...

Piala AFC: JDT Kecundang...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mengekalkan rentak kemenangan dalam...

PIP Dijangka Tingkatkan Pembangunan...

BEIJING - Aktiviti perdagangan di Padang Besar antara Malaysia dan selatan Thai akan...

Agong Rasmi Temasya Sukan Sungai 2016

ALOR SETAR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan pertandingan akhir Temasya Sukan Sungai 2016 di Tanjung Chali, di sini hari ini.

Temasya dwitahunan kali ke-83 itu diadakan sempena perayaan ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-88.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan anggota jemaah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Majlis didahului dengan lintas hormat daripada bot Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia disusuli bot penyelamat Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Marin.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan menyaksikan pertandingan akhir serta menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.


Kategori Juara Antara Juara dimenangi pasukan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan catatan masa 4 minit 28.6 saat, menewaskan pasukan Istana Anak Bukit dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori Jemputan Antarabangsa Piala Agong, Vietnam muncul juara dengan catatan 4:14.1s diikuti Brunei (4:41.6s) dan Filipina (4:47.4s).

Pasukan Istana Anak Bukit muncul johan bagi kategori Istana Anak Bukit/ Yayasan Sultanah Bahiya(YSB)/Wisma Darul Aman, selepas menewaskan pasukan YSB dan Wisma Darul Aman.

Johan kategori Antara Negeri dimenangi Kedah dengan catatan 4:30.2s, Pulau Pinang di tempat kedua (4:41.8s) dan Kuala Lumpur tempat ketiga (4:43.9s). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori