Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Islam Tak Sepakat...

RIYADH : Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza...

Peserta Ratu Cantik Disingkirkan...

SEORANG peserta pertandingan ratu cantik remaja yang menjadi salah seorang peserta pilihan, telah dibuang...

Fasa 4 PPN: SOP...

KUCHING: Prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sarawak,...

24 Maut Bas Bertembung...

PUEBLA - Sekurang-kurangnya 24 terbunuh, manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung...

Ahmad Zahid Hadiri Proses Bali Rabu Ini

JAKARTA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan di Bali, Indonesia, Rabu ini.

Kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari Isnin berkata Ahmad Zahid akan menyampaikan kenyataan menteri pada persdidangan itu.

Proses Bali, yang diasaskan pada 2002, berjaya meningkatkan secara berkesan kesedaran serantau tentang keburukan penyeludupan manusia, pemerdagangan orang dan jenayah rentas sempadan berkaitan, di samping menggubal serta melaksanakan strategi dan kerjasama secara praktikal sebagai respons terhadapnya.

Lebih 48 negara dan organisasi, termasuk Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan beberapa negara serta agensi pemerhati antarabangsa dijadual menyertai forum sukarela itu.

Ia merupakan satu-satunya platform serantau di Asia Timur dan Pasifik yang menangani isu berkaitan migrasi dan persidangan peringkat menteri itu akan memberi fokus kepada perbincangan mengenai cabaran semasa, trend dan respons terhadap pergerakan manusia di rantau ini. Persidangan itu juga akan menimbang untuk mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan negara anggota mengadakan perundingan tepat dengan masanya berkaitan respons terhadap isu memuncul.


Ketika di Bali, Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia Peter Dutton bagi membincangkan kerjasama sedia ada antara negara itu dengan Malaysia mengenai isu jenayah rentas sempadan dan kebanjiran luar biasa migran di rantau ini.

Ahmad Zahid juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Belanda Bert Koenders dan Penolong Pesuruhjaya Tinggi UNHCR bagi Perlindungan, Volker Turk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori