Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Padah Degil Buka Pintu...

SEBERANG JAYA - Penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri terpaksa memecahkan pintu...

Pahang Terpaksa Lupakan Piala...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terpaksa melupakan hasrat untuk...

KJ Kini Berpangkat Brigadier...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendahului pemakaian pangkat pegawai...

KKM Pantau Harga Ubat...

CHANGLUN - Kementerian Kesihatan akan memantau harga ubat-ubatan untuk memastikan pesakit tidak dibebani...

Ajaran Sesat Millah Abraham Dikesan Giat Rekrut Pengikut

KANGAR – Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham dikesan giat merekrut pengikut dengan menyasarkan golongan muda, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman Datuk Awaludin Jadid.

Beliau berkata kumpulan itu akan merekrut anggota melalui perjumpaan yang kononnya bersifat perbincangan perniagaan seperti skim tukaran mata wang asing (Forex).

Katanya, ajaran sesat itu antara ancaman yang polis kenal pasti pada ketika ini yang menggunakan jihad perang sebagai falsafah bagi mewujudkan ‘Daulah Islamiyah’ atau negara Islam di rantau ini.

“Pada peringkat awal kemunculan kumpulan itu pada 2004, pengikut Millah Abraham cuma 200 hingga 300 orang sahaja, tetapi sejak akhir-akhir ini pengikut ajaran itu semakin bertambah dan ini amat membimbangkan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media pada seminar Islam dan Anti Terrorisme Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Awaludin berkata, ajaran sesat itu dikesan giat disebarkan di kawasan seperti Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]b81DPluis9Y[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori