Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Akan Khianati...

SEMENYIH - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau selaku perdana menteri yang...

Bagaimana Mahu Tadbir Jika...

MUAR - Bagaimana 'parti bunga' hendak mentadbir negara ini jika pemimpin parti itu...

Ong Kim Swee Gugurkan...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong...

2 Penganggur Dipenjara 7...

JOHOR BAHRU - Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret,...

Anak Angkat Nafi Bermasam Muka Dengan Tom-Nicole

ANAK angkat pelakon Tom Cruise, Isabella Cruise, 23, menafikan laporan media yang mendakwa dia tidak mempunyai hubungan baik dengan Tom dan juga ibu angkatnya, Nicole Kidman.

Ini berikutan Tom dan Nicole tidak dilihat hadir dalam majlis perkahwinan Isabella bersama suaminya, seorang konsultan IT, Max Parker, 29, yang berlangsung di London, tahun lalu.

isabella

Mengulas mengenai hal itu, dia menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perselisihan faham dengan ibu bapa angkatnya itu.

“Kami tak pernah berbalah, mereka merupakan ibu bapa saya. Sesiapa yang buat cerita itu memang teruk,” katanya.

Alasan utama Isabella tidak menjemput ibu bapa popularnya itu kerana tidak mahu majlis perkahwinannya mendapat perhatian meluas pihak media.


Ini kerana Isabella dilaporkan seorang yang suka menjalani kehidupan sederhana dan lari dari dunia glamor kedua ibu bapanya.

Walaupun sudah berkahwin pasangan ini dilaporkan masih lagi berkongsi menyewa apartment di London bersama tiga orang rakan serumah yang lain.

Malah, Isabella turut menolak sebarang bantuang kewangan daripada Tom dan Nicole, sebaliknya mahu hidup berdikari bersama suaminya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori