Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ultraman Sambut Murid Tahun...

WAH! Semakin kreatif guru-guru di Malaysia yang tampil dengan cara tersendiri bagi menarik...

Miss Zimbabwe Dilucutkan Gelaran...

Zimbabwe – Gara-gara gambar bogel tersebar di WhatsApp, Emily Kachote, 25, telah digugurkan...

Najib Jawab Lagi Tengku...

Dari Facebook Najib RazakTENGKU Zafrul dan kerajaan PN ini tak berbeza dengan Guan...

Tiada Bau Busuk Ketiak...

JAKARTA - Satu aplikasi tempahan teksi motosikal yang baharu di ibu kota Indonesia...

Anak Azman (Flop Poppy) Selamat Jalani Pembedahan Pertama

PETALING JAYA – Anak kepada bekas pemain dram Flop Poppy Azman Ismail yang mengalami masalah usus tidak bersambung selamat menjalani pembedahan pertama 3 Mac lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Azman, 44, berkata, anaknya iaitu Putra Azrullah kini berusia tujuh bulan itu bakal menjalani pembedahan kedua pada April ini bagi menyambung usus tersebut kesaluran yang betul.

“Alhamdulillah pembedahan pertama bagi menebuk lubang najis sudah berjaya dan doktor beritahu akan membuat pembedahan kedua pada April depan.

“Pembedahan kedua itu adalah bagi menyambung usus ke lubang tersebut agar najis boleh keluar secara normal,” ujarnya kepada mStar Online.

adik putra

Adik Putra bakal menjalani pembedahan kedua April depan.

Azman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kesihatan bayi berkenaan selepas menjalani pembedahan.


Tambahnya, buat masa ini keadaan kesihatan anaknya stabil, namun masih dalam pemerhatian pihak hospital.

“Bayi saya stabil tetapi biasalah dia sering menangis kerana mungkin rasa sakit dan tidak selesa selepas pembedahan itu,

“Kami sudha bawa balik ke rumah dan akan mendapatkan rawatan seperti biasa setiap minggu untuk memastikan kesihatan dia berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Pada 1 Mac lalu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengadakan program jelajah busking di enam lokasi terpilih bagi mengutip derma membiayai pembedahan bayi malang itu.

Program tersebut turut mendapat sambutan penyanyi tempatan dan orang ramai yang prihatin terhadap nasib bayi malang tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori