Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kajian Sweden Dapati Ketinggian...

SEBUAH kajian terbaharu daripada saintis Sweden mendapati penyakit kanser dan ketinggian seseorang mempunyai...

Pemansuhan Subsidi Bahan Api...

PEMANSUHAN subsidi bahan api oleh kerajaan merupakan langkah positif, dan tidak memberi impak...

Jamah Makanan Penumpang, Pramugari...

BEIJING - Seorang pramugari Urumqi Air digantung kerja selepas dirakam selamba memakan hidangan...

79 Bahan Kimia Dijumpai...

BEIRUT - Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan sekutu dari Perancis menemui 79 bekas...

Anak Perkahwinan Campur Cemerlang Dalam SPM

MELAKA – Seorang anak perkahwinan campur, R. Sabrina, 17, mencapai keputusan cemerlang 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran Bahasa Cina yang didudukinya tahun lepas.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata bahawa dia dan ibunya, Poon Meaw Yuen, 57, sekeluarga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah mereka.

Dia hanya dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Mandarinnya ketika berinteraksi dengan rakan-rakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Cina Melaka.

“Walaupun ibu saya berbangsa Cina namun dia tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan minat saya terhadap bahasa Mandarin bermula sejak di sekolah tadika lagi.

Bagaimanapun saya tidak sangka akan mendapat A+ bagi subjek Bahasa Mandarin kerana ketika percubaan saya hanya memperolehi gred A sahaja,” kata pelajar cemerlang itu.

Dia berkata minat yang mendalam terhadap bahasa Cina menjadi faktor kejayaannya untuk menguasai penulisan dan pertuturan dalam bahasa itu.

Katanya dia bernasib baik kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru dan bantuan daripada pelajar berbangsa Cina di sekolah.

Sabrina yang bercita-cita menjadi seorang guru Bahasa Inggeris berkata penguasaan bahasa ketiga terutama bahasa Cina memberi kelebihan kepadanya untuk berinteraksi secara lebih luas dengan orang ramai terutama mereka yang bertutur dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bapanya G.Rajanthiran, 63, berkata dia dan isteri tidak pernah memaksa anaknya itu untuk mengambil subjek bahasa Cina bagi SPM namun minat yang mendalam terhadap bahasa itu menyebabkan anaknya tekad meneruskan pembelajaran untuk mata pelajaran itu.


“Walaupun pada mulanya saya dan ibunya menghantarnya belajar di tadika Cina namun kami tidak memaksanya mengambil subjek itu di sekolah rendah dan seterusnya menengah.

Sebagai contoh kakaknya hanya mangambil subjek itu sehingga darjah enam sahaja dengan alasan tidak mampu meneruskannya kerana susah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kerani di sebuah kilang di sini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang Seet Tzuhwan, 17, yang memperoleh 10A+ berkata pengorbanan ibunya, Lee Gook Hong, 54, membesarkannya dan dua kakaknya masing-masing berusia 20 dan 24 tahun seorang diri menjadi pendorong kejayaanya dalam SPM.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata pada mulanya dia berasa tertekan dengan perhatian yang diberikan ibunya namun melihat pada pengorbanan ibunya yang telah berhenti kerja sebagai pegawai bank selepas ayahnya meninggal dunia 16 tahun lepas, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Ibu telah banyak berkorban membesar dan mendidik saya dan kakak dan saya rasa bertanggungjawab untuk menjaga menjaga mereka pada masa hadapan tambahan pula saya anak tunggal lelaki dalam keluarga,” kata Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis itu yang bercita-cita menjadi seorang jurutera.

Lee berkata kejayaan Seet merupakan hadiah paling bermakna buatnya dan tanggungjawabnya sebagai ibu untuk melihat ketiga-tiga anaknya berjaya telah menjadi kenyataan.

Beliau berkata dua anak perempuannya kini masing-masing menyambung pengajian di universiti tempatan dan luar negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]h2tY5SwGDxc[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori