Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 15 PATI...

TAWAU - Polis menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam perempuan...

AirAsia Tambah Penerbangan Tahun...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Pitas,...

Kini Masanya Fokus Bangunkan...

SEREMBAN - Kini adalah masanya bagi anggota-anggota UMNO memberi tumpuan kepada proses membangunkan...

Anak Trauma Ibu Bapa Sering Lakukan Seks Secara Terbuka

GENEVA – Sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah di Switzerland kerana menyebabkan anak-anak perempuan mereka trauma akibat perbuatan pasangan itu sering melakukan seks di merata tempat di rumah mereka.

Anak sulungnya yang kini berusia 23 tahun, telah keluar dari rumah terbabit ketika berusia 11 tahun kerana tidak tahan melihat ibu dan bapa tirinya yang tidak tahu malu itu bersetubuh secara terbuka.

Pasangan berkenaan juga sering berbogel di rumah mereka. Mereka dihadapkan di sebuah mahkamah di Vevey dekat sini. Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Siasatan polis bermula selepas jiran pasangan berkenaan melaporkan bahawa pasangan disyaki melakukan penderaan seksual ke atas anak mereka yang berusia lapan tahun.

Namun pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang bukti bahawa berlaku penderaan seksual. Polis bagaimanapun terus menyiasat bagi mencari punca anak-anak mereka menjadi trauma.


Menurut anak sulungnya, pasangan itu melakukan seks di ruang tamu, balkoni dan di dalam kereta tanpa cuba menyembunyikan perbuatan berkenaan.

“Mereka tidak pernah menutup pintu. Ada sekali tu dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta depan rumah. Saya masih ingat reaksi wajah mereka,’’ katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori