Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Bercadang Perkenal Cukai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara...

“Jangan Gelar Pesakit Mental...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berasa kesal dengan stigma...

Belanjawan Responsif Gender Untuk...

Kementerian Kewangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita diberi bertanggungjawab menyediakan Belanjawan...

MPFN Tidak Buat Sebarang...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) semalam tidak membuat sebarang kelulusan...

Anggota Bomba Sukarela Selamat Lelaki Jatuh Sungai

KUCHING – Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Bako dekat sini pagi tadi sempat diselamatkan seorang anggota pasukan bomba sukarela.

Pekerja itu yang dikenali sebagai Swee diselamatkan oleh pengerusi pasukan bomba sukarela Kampung Bako, Noh Yahim.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika Swee bersama seorang rakannya berada di atas jeti untuk menaiki perahu ke Kampung Bako Ulu apabila dia tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai.

Katanya kejadian berkenaan disedari beberapa penduduk kampung termasuk Noh yang sedang bertukang rumah berhampiran jeti tersebut.


“Noh terjun ke dalam sungai untuk menarik Swee yang sedang terkapai-kapai dan membawanya ke atas sebuah bot,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori