Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Emas, Perak Pertama Jadi...

PINGAT emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 hadir menerusi penerjun...

Gajah Jantan Di R&R...

GERIK - Seekor gajah jantan yang sering merayau-rayau di kawasan Rehat dan Rawat...

Negeri Sembilan, Sarawak Catat...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian...

GST: Daim Dulu Cadang,...

ALAHAI... Bagi yang mudah terlupa, imbas balik pada 2014 lalu, Rafizi Ramli pernah...

ANGKASA Kaji Wujudkan Akta Pencemaran Cahaya

KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sedang mengkaji untuk mewujudkan Akta Pencemaran Cahaya bagi mengawal pencemaran cahaya di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad.

Beliau berkata ANGKASA ketika ini sedang menyediakan garis panduan berhubung perkara itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengawal selia limpahan cahaya akibat daripada pembangunan bandar.

“Kita memang memerlukan akta ini dan pada masa ini, ANGKASA sedang bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana lampu daripada bangunan dan lampu jalan sekarang ini di bawah seliaan mereka.

“Kami juga sedang memberi kesedaran kepada pihak berkenaan mengenai pencemaran cahaya yang berpunca daripada cahaya lampu bangunan dan juga lampu jalan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri tayangan perdana filem “To Space and Back” dan sambutan Earth Hour di Planetarium Negara di sini, hari ini.

Menurut Noordin pencemaran cahaya di negara ini baru memasuki tahap serius dan jika tidak ditangani ia bakal menjejaskan bidang astronomi negara.


“Kerja pencerapan di balai cerap di Planetarium Negara kini turut terjejas ekoran pencemaran cahaya yang melampau di bandaraya Kuala Lumpur.

“Di Planetarium Negara, kesannya ketara terutama kepada ahli astronomi yang melibatkan balai cerap kami di sini tidak boleh berfungsi sepenuhnya menyebabkan kami terpaksa membina satu balai cerap di Pulau Langkawi pada 2006 untuk mengatasi masalah pencemaran cahaya,” katanya.

Beliau berkata balai cerap yang dikenali sebagai Observatori Negara Langkawi (ONL) juga bakal terjejas jika tiada kawalan dari segi pengwujudan akta, ordinan atau garis panduan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori