Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Kesal Peserta Bersih...

BACHOK - PAS hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram...

60 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap...

Gambar Guru Tadika Suruh...

BARANGKALI inilah guru paling teruk untuk abad ini!Seorang guru tadika di China tergamak...

Inspektor Polis Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Angkasa Mahu Libat Aktif Industri Perlancongan Dan Hotel

KLANG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bercadang memperluaskan penglibatan koperasi dalam industri pelancongan dan perhotelan, kata Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Beliau berkata ia kerana pihaknya yakin industri itu mampu menjana pendapatan memberangsangkan menjelang 2020.

“Menjelang tahun 2020, negara dijangka menerima seramai 36 juta pelancong. Jadi dengan penglibatan aktif dari koperasi, ia akan dapat merancakkan lagi industri pelancongan sekali gus memberi sumbangan kepada pendapatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis prapelancaran Hotel Aliya yang dimiliki Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) di sini Selasa.

Turut hadir Naib Presiden Angkasa, Datuk Kamaruddin Ismail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

“Setakat ini, kira-kira 50 buah koperasi di negara ini terlibat secara langsung dalam industri perlancongan dan perhotelan termasuk juga dalam inap desa.


“Kita berharap selepas ini lebih banyak koperasi mengorak langkah dengan menambah cabang perkhidmatan mereka bukan setakat menerusi perkhidmatan kewangan tetapi juga dalam bidang berkaitan pelancongan,” katanya.

Mengenai Hotel Aliya, Abdul Fatah berkata hotel berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mei depan.

Katanya hotel bertaraf tiga bintang itu dibangunkan dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM9 juta.

“Hotel ini berkonsepkan patuh syariah yang selain menyediakan 138 bilik penginapan, turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti bilik seminar, coffee house dan kolam renang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]BdUFp_JaBWA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori