Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Sedang Kesan Pemilik...

KUCHING - Polis Sarawak sedang mengesan identiti pemilik akaun twitter Republic of Sarawak...

Staf MPSJ Dipenjara 14...

SHAH ALAM - Seorang pembantu operasi di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan...

Himpunan ‘Baju Merah’ Di...

KUALA LUMPUR - "Himpunan Rakyat Bersatu" yang berlangsung meriah di Padang Merbok di...

Tingkatkan Kualiti Universiti Sebagai...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh menyeru semua universiti...

Annuar Sindir Guan Eng Mampu Beli Rumah Mewah

KUALA LUMPUR – “Selepas 39 tahun saya aktif (dalam) politik dan bisnes belum ditakdirkan memiliki rumah seperti dalam gambar.”

Itu sindiran Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa memiliki rumah mewah diluar kemampuannya.

Beliau bagaimanapun memuji reka bentuk rumah Guan Eng kerana cantik dan berharap dapat membeli rumah berharga RM2.8 juta di Goergetown jika ada rezeki.

“Nak tergelak pun ada, kasihan pun ada. Kalau ya pun nak bela Guan Eng, DAP buat la ‘homework’ sikit.

“Apa pun selepas 39 tahun aktif politik dan bisnes dan tujuh kali jadi calon, saya belum di takdirkan memiliki rumah seperti dalam gambar.

‘Kalau ada rezeki boleh beli yang RM2.8 juta di bandar Georgetown ok juga. Tak ada ‘swimming pool’ pun ok,” katanya dalam nada menyindir di akaun Facebook semalam.


Ramai pihak meminta Guan Eng bercuti sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembelian banglo RM2.8 juta yang mencetuskan kontroversi selesai.

Isnin lepas, Pemuda PAS Pulau Pinang turut menggesa Guan Eng supaya bercuti namun desakan itu dikecam Guan Eng.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu beliau membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori