Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya 20% Boleh Dibelanja...

KUALA LUMPUR - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan, iaitu ‘perbelanjaan penuh’ yang pada...

Agong Ziarah Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahi dan...

Kerajaan Negeri Boleh Kena...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak...

Campak Ular: Mujur Video...

SOLIDARITI Anak Muda Malaysia (SAMM) mengakui pendedahan menerusi laman sosial mengenai video sekumpulan...

Penerbangan Ihsan Bantu Bayi Perempuan Jantung Berlubang

KOTA BHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi perempuan yang menghidap penyakit jantung berlubang untuk mendapatkan rawatan ke Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur.

Helikopter Agusta Westland AW139 yang diterbangkan Kapten Wan Najib Azrin Wan Nor Adib bersama tiga kru itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengakalan Chepa, di sini pada 11.20 pagi.

Pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bergegas mengejarkan bayi 7 bulan, Arissa Humairah Syukriyah ke Institut Jantung Negara menggunakan penerbangan ehsan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini.
Pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bergegas mengejarkan bayi 7 bulan, Arissa Humairah Syukriyah ke Institut Jantung Negara menggunakan penerbangan ehsan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini.

Penerbangan selama 1 jam 30 minit itu, mendarat di padang Hospital Kuala Lumpur sebelum bayi berkenaan Arissa Humairah Syukriyaz, 7 bulan, yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, dibawa dengan ambulans ke IJN.

Ibu bayi berkenaan, Norhafiza Mat Rashid, 34, dari Besut berkata anaknya itu dikesan mengalami jantung berlubang sejak berusia 4 bulan.


“Bayi saya kini dalam keadaan kritikal, hanya bergantung kepada mesin penafasan dan memerlukan pembedahan dengan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di LTSIP hari ini.

Norhafiza berterima kasih kepada APMM dan semua yang terlibat memberikan bantuan penerbangan ihsan kepada anak bongsu daripada tiga beradik itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori