Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Wanita Dibelasah Teruk...

Sememangnya disebabkan masalah parkir manusia boleh hilang pertimbangan.Namun apa pun masalahnya, tindakan dua...

“Kesian, Benda Tu Pun...

PETALING JAYA - Perbuatan seorang gadis mencuri alas kaki di sebuah kedai dobi...

Kematian Pekerja Kantin, Peragut...

KOTA BHARU - Pihak polis masih giat mengesan seorang suspek dalam kes ragut...

Tak Perlu Ambil Tindakan...

PUTRAJAYA - Tidak perlu sebarang tindakan diambil kerajaan terhadap Harimau Pembebasa Tamil Elam...

APMM Tahan 6 Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Pulau Kendi

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot nelayan Indonesia bersama seorang tekong dan lima awak-awak yang menceroboh perairan negara di 44 batu nautika barat laut Pulau Kendi dekat sini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot nelayan itu ditahan pada pukul 11 pagi semalam kerana menceroboh zon perikanan Malaysia dan menangkap ikan tanpa kebenaran selain tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 19 hingga 35 tahun yang kesemuanya berasal dari Indonesia.

“Kesemua mereka dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyita bot itu dan merampas ikan seberat 300 kilogram.


“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Kamaruszaman berkata pihaknya sering menerima aduan daripada nelayan tempatan mengenai pencerobohan secara haram di perairan Malaysia.

Katanya APMM akan mempertingkatkan rondaan dan menguatkuasakan undang-undang terutamanya di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan secara haram daripada terus berleluasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori