Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KWSP Lupus 7.44 Juta...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan sebanyak 7.44 juta...

DAP Jadi Kilang Fitnah...

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan DAP sebagai ‘kilang...

Hanya Penerbangan Malaysia-Wuhan Digantung

PUTRAJAYA - Hanya penerbangan pergi dan balik Malaysia-Wuhan digantung susulan tercetus jangkitan koronavirus...

Berwaspada Dengan Pembangkang, Ahli...

KOTA MARUDU - "Berwaspada dengan pembangkang," itulah nasihat Timbalan Presiden Eksekutif Parti Bersatu...

APMM Tidak Berkrompromi Dengan Nelayan Salah Guna Lesen

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak akan bertolak ansur dengan individu termasuk nelayan asing dan tempatan yang menggunakan bot kargo bagi menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan negeri ini.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata kira-kira 350 bot di wilayah timur ini telah mendapat lesen sebagai bot kargo namun ada sebahagiannya menyalahgunakan lesen dan menggunakan bot kargo untuk menangkap ikan.

“Kita telah bangkitkan perkara ini kepada Jabatan Laut untuk menelitinya termasuk tidak memperbaharui lesen kapal kargo yang telah tamat Disember lalu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak empat buah bot kargo milik rakyat tempatan telah ditahan kerana melakukan kesalahan menggaji nelayan asing untuk aktiviti menangkap ikan.

“Tiga kes berkenaan berlaku di perairan Kuantan, Pahang dan satu kes di Kemaman, kes disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.


Mamu dalam pada itu menegaskan, pihaknya akan bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam operasi rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara bagi mengawal kes pencerobohan nelayan asing terutamanya selepas musim tengkujuh ini.

Ini kerana katanya ketika ini musim sotong membiak dan menarik nelayan asing untuk mengambil kesempatan melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori