Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buruh Ladang Dituduh Bunuh...

SUNGAI PETANI - Seorang buruh ladang warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Kecoh, 2 Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen...

Mayat Lelaki Hilang Ketika...

IPOH - Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang akibat lemas dalam...

Bambu Anak Kerbau +...

FIZIKAL seperti kerbau, tetapi mata, kuku dan bulunya bercirikan lembu demikian sebahagian ciri...

Askar Wataniah Bantu Banteras Penerokaan Tanah Di Cameron Highlands

KUANTAN – Sebanyak lima platun Askar Wataniah akan ditugaskan bagi membantu Pejabat Daerah Cameron Highlands membanteras penerokaan tanah di kawasan tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata arahan turut dikeluarkan supaya kerja membanteras penerokaan tanah secara haram dijalankan dalam tiga syif bagi menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

“Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands dipandang serius oleh kerajaan. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak lagi boleh bertolak ansur dengan petani yang menceroboh dan menerokai tanah, bagi menjamin kawasan Cameron Highlands dapat dipulihkan seperti dahulu.

“Kita tidak mahu Cameron Highlands menjadi seperti Lojing di Kelantan yang telah diterokai begitu teruk sehingga cuaca atau iklim sejuk yang dialami dahulu hilang, sedangkan ia terletak bersebelahan Cameron Highlands,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menghadiri Taklimat Op Gading di Cameron Highlands semalam.

Dalam taklimat itu, Shahidan turut mengarahkan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk A Rahman Hamzah untuk mengadakan kempen menanam sejuta pokok dengan segera.


Seramai 200 hingga 300 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan turut dihantar bagi membantu usaha Jabatan Perhutanan menanam semula pokok yang telah ditebang oleh peneroka haram selain mengadakan operasi gotong-royong, katanya.

Beliau juga memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membanteras isu kehadiran pendatang tanpa izin di Cameron Highlands.

Sementara itu A Rahman berkata pencerobohan tanah merupakan ancaman paling ketara kepada tanah tinggi itu.

“Ramai petani telah mengkomersialkan aktiviti pertanian mereka untuk berniaga di peringkat antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori