PENYANYI Awie dan Erra Fazira pernah mempunyai sejarah percintaan ketika di zaman kegemilangan masing-masing.
Namun, kedua-duanya tidak berjodoh apabila Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, mendirikan rumah tangga dengan Arni Nazira pada Disember 1998.
Menyimpan rancangan untuk menerbitkan filem yang berkisarkan percintaannya dengan Erra, Awie menyatakan ia mungkin merupakan projek seni terbaharunya selepas ini.
“Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, insyaAllah ia akan menjadi projek terbaharu saya,” katanya memetik mStar.
Awie dan Erra mula menjalinkan hubungan cinta selepas terlibat dalam filem Sembilu sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun 1996.
Bercakap mengenai jalan cerita filem itu, Awie mengatakan ia bukan 100 peratus kisah mengenai dirinya dan Erra sebaliknya hanya beberapa perkara penting sahaja yang akan dimasukkan ke dalam naskhah tersebut.
Wah, pasti peminat Awie dan Erra dah tak sabar nak tahu segala details mengenai hal percintaan mereka yang tidak kesampaian dulu tu kan..
Mesti meletup filem tu nanti! – MYNEWSHUB.CC