Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Nelayan Pertama Hilang...

DUNGUN - Mayat seorang daripada empat nelayan yang hilang selepas bot dinaiki mereka...

Tiga Meninggal Dunia Di...

AJAL.. Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri...

Pahang Tercari-Cari Rentak Mula...

KUANTAN - Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukan bimbingannya masih tercari-cari rentak...

Kecoh Lagi Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR - Pemilihan PKR cabang Lembah Pantai kecoh dipercayai akibat perebutan pengundi...

Lepas 5 Kali Hampa, Bakat DiCaprio Diiktiraf Akhirnya

AKTOR kacak Leonardo DiCaprio, 41, adalah anak tunggal George DiCaprio dan Irmelin Indenbirken. Ibu bapanya berkenalan ketika sama-sama belajar di kolej kemudian menetap di Los Angeles.

Apabila ibu bapanya berpisah ketika usianya setahun, dia tinggal bersama ibunya yang melakukan pelbagai kerja untuk menyara mereka dua beranak.

Susur galurnya unik. Ibunya Jerman manakala bapanya kacukan Itali dan Jerman. Datuknya, Wilhelm Indenbirken warga Jerman manakala neneknya, Helene Indenbirken adalah warga Jerman yang dilahirkan di Russia.

DiCaprio pernah tinggal di Jerman bersama datuk dan neneknya ketika kanak-kanak dan mengaku dalam dirinya mengalir darah Russia kerana datuk dan neneknya berasal dari Russia.

Kerjaya seni DiCaprio bermula di TV untuk iklan komersial kemudian berlakon siri TV seperti drama rantaian Santa Barbara dan sitkom Growing Pains pada awal 1990-an.

Dia melangkah ke layar perak pada 1991 melalui Critters 3 tetapi filem This Boy’s Life (1992) melakar kejayaan buatnya apabila dipilih oleh Robert De Niro daripada 400 pelakon muda yang menjalani uji bakat untuk watak utama.

Filem What’s Eating Gilbert Grape sebagai adik Johnny Depp pada 1993, mendapat perhatian pengkritik hingga membawa pencalonan pertamaya di Anugerah Academy dan Golden Globe.


Kerjaya lakonannya berada di puncak pada 1997 apabila berlakon filem Titanic arahan James Cameron. Watak Jack Dawson dan berlakon di samping Kate Winslet menjadikan dirinya pelakon diminati apabila filem itu mencatat kutipan box-office.

Filemnya selepas itu, The Beach, Catch Me If You Can, Gangs of New York, The Aviator, Blood Diamond, The Departed, Body of Lies, Revolutionary Road, Inception (2010), Django Unchained (2012), The Wolf of Wall Street dan terbaru, The Revenant mengukuhkan lagi namanya.

Lima kali dicalonkan merebut Anugerah Academy (tiga kali untuk Aktor Terbaik dan dua kali Aktor Pembantu Terbaik), akhirnya The Revenant membawa tuah kepadanya apabila menggenggam Oscar kali pertama pada majlis ke-88 pada 29 Februari lalu. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori