Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perkahwinan Malaysia Tema Arsenal,...

JIKA anda menggelarkan diri sebagai die hard fan sesebuah pasukan bola hanya kerana sanggup bersengkang...

Abim Gesa K’jaan Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan...

38 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Segamat tidak berubah...

Bekas CEO 1MDB Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif dan pengarah 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim...

Bapa Campak Bantal Sampai Anak Tersungkur Dikritik Netizen

KADANG kala biasa la anak-anak bermain, bermanja dan bergurau dengan ibu bapa mereka.

Itupun ikut juga mood si comel, kalau time tengah hyper tu, ligat bergerak ke sana ke sini sampai tak terkejar.

Macam dalam video di bawah ini yang mana memaparkan tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang terlebih dahulu bergurau dengan bapanya dengan bawa bantal keluar dari bilik.

Dia kemudian memukul bapanya dengan bantal itu beberapa kali sebelum meninggalkan bantal dan kembali berpatah balik masuk ke bilik.

Yang menjadi pertikaian sesetengah netizen ialah tindakan si bapa yang membaling semula bantal sehingga menyebabkan anaknya tersungkur.

Sebaik anaknya terjatuh, si bapa pantas mendapatkan si comel untuk membantunya bangun.

Netizen menyifatkan gurauan itu sebagai kasar malah boleh mencederakan kanak-kanak terbabit.


1

Namun, ada juga yang ‘membela’ tindakan si bapa yang disifatkan mereka sebagai satu cara gurauan biasa di antara ibu bapa dan anak-anak.

2

Video yang direkodkan oleh ibu kanak-kanak tersebut kini sudah mencecah hampir 1.5 juta tontonan sejak ia mula dikongsikan di laman perkongsian video Youtube sejak 27 Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori