Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Duterte Sedia Undur Jika...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mempertahankan tindakannya mencium seorang wanita yang sudah...

Manfaat Demokrasi Digital Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Konsep demokrasi digital atau kebebasan bersuara menggunakan saluran media sosial...

Kebakaran Besar Di Depoh...

MOSCOW: Kebakaran besar berlaku hari ini di depoh bahan api di Sevastopol, pelabuhan...

Rafizi Syok Sendiri?

Rafizi Ramli yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi sesi 2022...

Bapa Hidap Penyakit Kulit Teruk Rayu Bantuan

BALING – Seorang bapa yang menghidapi penyakit kulit yang teruk di sini, merayu agar bantuan diberikan kepadanya bagi menanggung perbelanjaan tiga anaknya yang masih bersekolah.

Mohd Firo Azmi, 41, menderita sakit apabila kulit tubuhnya menggelembung dan mengeluarkan nanah yang berbau sejak dua bulan lepas selain ditumbuhi bintik-bintik air serta bernanah.

Lebih teruk lagi, badannya kelihatan bersisik dan kering selain dijangkiti kayap pada keseluruhan badan. Beliau turut berubat secara tradisional namun tidak berkesan.

“Keadaan saya semakin teruk sejak Februari lalu sehingga saya terlantar sakit dan tidak dapat bergerak selama dua minggu. Isteri saya Rosanita Che Mat, 35, mengambil alih untuk menguruskan keluarga dengan menjual biskut yang dibuatnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Binjul Dalam, Kuala Pegang.

Tiga anaknya yang masih bersekolah ialah Norsyafika Akilah, 15, dan Norsyafika Atirah, 11, yang tinggal di Asrama Sekolah Model Khas, Baling manakala seorang lagi anaknya, Norsyafika Batrisyia, 8, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang.

Penderitaan Mohd Firo mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyampaikan sumbangan wang tunai untuk keperluan perbelanjaan hariannya sekeluarga.


Pegawai JKM Baling, Syamsul Izrin Isahak berkata, beliau amat bersimpati dengan nasib yang dialami Mohd Firo dan berharap mereka sekeluarga tabah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Firo di talian 019 4339700 atau boleh terus menghulurkan bantuan melalui akaun Bank Simpanan Nasional Mohd Firo iaitu 02126-29-85547930-5. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori