Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KSU Dan Anaknya Dijangka...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar 'Datuk' akan dituduh esok di...

Japan Railway Group Sediakan...

Prihatin dengan ibadah solat yang ingin ditunaikan oleh para pelancong beragama Islam, Japan...

UTeM Terima Kemasukan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Pelajar dari China yang memiliki diploma teknologi maklumat berpeluang untuk...

Serbuk Putih Dihantar Ke...

PUTRAJAYA - Polis pada Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya dan dihantar...

Bayi Dipijak Hingga Mati Oleh Ibu Bapa

SEORANG bayi perempuan berusia 21 bulan telah meninggal dunia dalam keadaan tragis akibat dipijak oleh ibu bapanya hinggakan kecederaan yang dialaminya sama seperti mangsa yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Bayi itu, Ayeeshia Jane Smith dibunuh oleh ibunya, Kathryn Smith dan bekas kekasihnya, Matthew Rigby. Mereka didakwa di mahkamah Birmingham.

Ayeeshia meninggal dunia di rumahnya akibat serangan jantung yang berlaku selepas dipijak.

Menurut patologi, Dr. Alexander Kolar yang memberikan keterangan di mahkamah, Ayeeshia hanya mengambil masa selama beberapa minit untuk rebah di rumahnya.

Bayi malang itu mengalami patah tiga tulang manakala paru-parunya tidak berfungsi. Badannya juga dipenuhi dengan lebam.

“Warna lebam itu menunjukkan masa antara kecederaan dengan kematian adalah 24 jam,’’ katanya.

Dalam perbicaraan itu juga, mahkamah dimaklumkan bahawa Smith yang panik dengan keadaan anaknya itu telah menghubungi 999.

Ketika itu Smith menangais dan memberitahu operator 999 bahawa anaknya mengalami sawan.


“Anak saya, dia tidak boleh bernafas. Dia di atas lantai dan badannya juga menjadi panas,’’ katanya.

Smith telah melakukan CPR tetapi gagal menyelamatkan Ayeeshia.

Ayeeshia sebelum ini dijaga oleh perkhidmatan kebajikan masyarakat dan pada hari kematiannya, dia baru enam bulan dipulangkan semula kepada Smith.

Perbicaraan bersambung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori