Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Cuaca Sejuk Tidak Halang...

FAKTOR tidak mahu beratur panjang dan ingin segera ke kebun menyebabkan pengundi di...

Tiada ‘Walk-In’ Untuk Dapatkan...

PUTRAJAYA - Pemberian vaksin secara 'walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin...

Suspek Guna Isteri, Anak...

PORT DICKSON - Seorang penganggur sanggup mempergunakan isteri dan dua anaknya untuk mengaburi...

Tekong Bot Pukat Tunda...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan bot pukat tunda hilang dipercayai terjatuh ke dalam...

Bayi Maut, Kereta Dipandu Ibu Bertembung Kereta Polis

LANGKAWI – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas kereta yang dipandu ibunya bertembung dengan sebuah kereta peronda polis di Jalan Simpang Kenyum, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, Muhammad Uzair Jauhar Abd Shahadad, yang cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia pada pukul 3.10 petang ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Langkawi, ASP Mahadhir Mohd Salleh berkata ibu mangsa, Salihah Sulaiman, 30, patah kaki kanan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurutnya pemandu kereta peronda polis, Sarjan Nazri Zainal Abidin, 54, mengalami kecederaan di bahagian dada, manakala Koperal Azimi Md Isa, 50, yang duduk di kerusi sebelah pemandu hanya cedera ringan.

Katanya ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh Salihah, dalam perjalanan dari Ulu Melaka ke Padang Matsirat, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta peronda itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori