Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ugut Sambil Acu Pisau,...

PETALING JAYA - Tindakan seorang penganggur yang mengugut dengan mengacukan pisau kepada rakan...

Kemaraan Muafakat Nasional Tidak...

SEREMBAN - Tiada hujah atau kritikan akan dapat menahan kemaraan UMNO dan PAS...

Kerajaan Kedah Nafi Beri...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari...

GAMBAR: Marsha Di Malam...

MARSHA Milan Londoh, 30, sebelum ini telah tampil mengaku bahawa dia sudah pun...

Bekas Pemain Tenis Nombor 1 Dunia Bimbang Anak Makin Kurus

BEKAS bintang tenis dunia, Yevgeny Kafelnikov melahirkan kebimbangan terhadap anak perempuannya yang berusia 17 tahun yang dipercayai menghidap anorexia.

Yevgeny, yang pernah bergelar pemain nombor satu dunia itu merupakan bapa kepada Alesya, yang kini menetap di Paris.

Alesya mengikut jejak langkah ibunya menjadi seorang model.

Bintang tenis itu membantah penurunan berat badan Alesya dan mengecam 213,000 pengikut Instagram anaknya itu yang menggalakkan Alesya mengurangkan lagi berat badan walaupun beratnya kini adalah 44 kg.

Yevgeny meluahkan kebimbangan tersebut menerusi media sosial memandangkan anaknya itu tidak lagi mahu mendengar nasihatnya, justeru dengan menggunakan Internet, beliau berharap ia dapat mempengaruhi Alesya.


Alesya, kini berada di bawah agensi Elite London. Berat badannya menurun daripada 52 kg sebelum ini kepada 45 kg sahaja.

“Tahun lepas apabila beratnya 52 kg, saya gembira. Dia sangat cantik dan kelihatan seperti seorang wanita. Kini apa yang berlaku? Saya menentang sekeras-kerasnya penurunan berat badan secara radikal malangnya dia enggan mendengar nasihat saya,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori