Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kalau Pergi Joging, Pasar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan mereka yang memakai ‘wristband PUI’ perlu menjalani...

Jerebu: 46 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara setakat 9 pagi ini semakin...

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan...

Tolak Jawi Kerana Takut...

KUALA LUMPUR - Alasan enggan belajar jawi kerana bimbang masuk Islam merupakan alasan...

Isu Banglo ‘Murah’: Berakhirkah Karier Politik Lim Guan Eng?

PADA ketika semua mata sedang menumpukan kepada jawapan atas dakwaan pembelian rumah banglo ‘murah’ oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya beberapa hari yang lalu, ramai yang kecewa dengan jawapan balas oleh pemimpin DAP itu yang selalu mendabik dada kononnnya beliau pemimpin ‘suci’.

Mana tidaknya, Guan Eng dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di George Town hanya menjemput Shabudin untuk bertemu dengannya, seolah-olah mahu ‘berbincang’ sesuatu kononnya atas nama kebenaran.

Sepatutnya, jika secara kebiasaannya, Guan Eng akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah tetapi apa yang berlaku setakat ini adalah sebaliknya.

Ternyata, ramai terutama pada penyokong DAP berasa kecewa dengan jawapan balas ini dan selepas ini, dijangka lebih ramai lagi terutama mereka yang mengundi DAP pada pilihan raya yang lalu akan kecewa jika siasatan SPRM mendapati bahawa Guan Eng bersalah atas salah guna kuasa dalam isu pembelian banglonya itu, sama seperti kes yang pernah menimpa Dr. Mohamed Khir Toyo.

Untuk rekod, Dr. Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 bulan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau didapati bersalah atas pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli hanya pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Nampaknya, Guan Eng yang sering mengakui dirinya suci selama ini dengan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) itu rupanya adalah manusia yang tidak terlepas daripada salah guna kuasa, sama seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin UMNO seperti Dr Mohamed Khir.

CERIA… Lim Guan Eng menunjukkan negarawan Singapura, Lee Kuan Yew suasana panorama George Town dari pejabatnya di Komtar. – GAMBAR HIASAN

Lebih dalam daripada itu, dua persoalan cepumas timbul iaitu:

1. Menurut sumber yang dekat dengan Guan Eng sendiri, duit deposit yang digunakan untuk membayar pembelian banglo tersebut adalah duit derma pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang diberikan oleh pemaju hartanah dalam bentuk tunai dan diisi dalam beg-beg yang diterima Guan Eng di pejabatnya di KOMTAR, George Town.


(Nota: Jika tidak percaya, cuba lihat sistem rakaman kamera litar tertutup atau CCTV pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada petang dan malam sehari sebelum PRU-13)

2. Minta Guan Eng sendiri tunjukkan perjanjian penyewaan (tenancy agreement) jika ada kerana banyak maklumat menjurus kepada beliau diberi keistimewaan untuk tinggal di rumah tersebut secara percuma oleh pemilik sebenar banglo itu, Tan Sri Tan Kok Ping yang diketahui banyak menguruskan projek-projek perniagaan di Pulau Pinang dan dilihat sangat rapat dengan Guan Eng.

Itu belum disingkap lagi hal-hal lain yang sangat dicurigai urus niaganya seperti projek tambakan laut yang berleluasa di bawah pentadbran Guan Eng, projek terowong bawah laut yang menimbulkan beberapa keraguan termasuk penglibatan seorang lagi pemimpin DAP, Tony Pua yang kononnya sama suci seperti Guan Eng selain kehidupan mewah beberapa EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang dan dan wakil-wakil rakyat DAP.

Persoalannya, dengan timbulnya isu seperti ini, masih mampukah DAP bertahan sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang akan datang, setelah kepercayaan dan sokongan rakyat negeri itu yang dahagakan pemerintahan yang bersih dan telus tetapi realitinya adalah sebaliknya pula.

Lebih daripada itu, mungkinkah skandal ini akan menjadi detik pengakhiran kepada kerjaya politik Guan Eng yang turut sama akan merisikokan peluang DAP untuk kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU-14 kelak.

Marilah sama-sama kita saksikan episod-episod seterusnya dalam ‘drama’ ini terutama tindakan selanjutnya oleh SPRM yang kononnya akan menjalankan siasatan secara adil dan berani dalam apa jua keadaan untuk mendakwa Guan Eng. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori