Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Provokasi Adik PM Albania...

Perlawanan pusingan kelayakan Euro 2016 antara Serbia dan Albania menjadi kecoh dan terpaksa...

Aidil Sharin Ketua Jurulatih...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih...

VIDEO : Lukis Potrait...

Untuk menghormati seorang pencipta dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Serbia, Nikola Tesla, seorang...

Kadar Tol Lebuhraya Lingkaran...

KUALA LUMPUR - Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan...

Berang, Tendang Kanak-Kanak Lelaki Sebabkan Anaknya Jatuh

SATU video menunjukan seorang lelaki bertindak menendang seorang kanak-kanak lelaki di bahagian tulang belakang selepas menyebabkan anak perempuannya terjatuh masa bermain di taman permainan menjadi viral.

Menurut laporan portal Shanghaiist, kejadian ngeri tersebut berlaku pada pukul 8.20 malam di sebuah pusat beli-belah Dongying yang terletak di daerah Shandong, China pada 27 Februari lalu.

Budak lelaki itu dikatakan sedang bermain dengan anak perempuan lelaki berkenaan di dalam taman permainan itu, tiba-tiba terjatuh dan kemudian menghempap budak perempuan tersebut secara tidak sengaja.

Sejurus menyaksikan kejadian itu, bapa budak perempuan berkenaan yang duduk di bangku berhampiran terus segera menerpa ke arah budak lelaki itu dan menendangnya di bahagian tulang belakang.

Dia kemudian kembali semula ke bangkunya dan duduk seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

ccccc


Kanak-kanak lelaki yang kesakitan dan ketakutan akibat ditendang terbaring di atas lantai taman permainan itu sambil menangis.

ThePaper melaporkan keluarga kanak-kanak lelaki terbabit bertikam lidah dengan lelaki berkenaan namun dinafikan oleh lelaki itu bahawa dia menendang kanak-kanak lelaki tersebut.

Namun, sebaliknya rakaman tindakannya itu menjadi viral di laman sosial WeChat sekali gus membuktikan lelaki dewasan itu cuba berbohong.

Lelaki yang bertindak kejam itu kemudiannya ditahan oleh polis selepas berjaya dikesan oleh netizen yang marah dengan perbuatannya itu. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OW9RUU6fZps]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori