ACARA gimik yang menampilkan kemunculan Ella bersama 110 pemuzik dalam rangka promosi konsertnya di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)  telah diiktiraf The Malaysian Book of Record (MBOR) kerana menampilkan pemuzik teramai.
Ratu rock negara itu memang sibuk sekarang dengan pelbagai persiapan menjelang konsert yang bakal diadakan pada 16 April depan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.
Menurut sebuah portal hiburan, Ella kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya di samping menjalani latihan vokal dan stamina bagi memastikan dia berada pada tahap memuaskan pada malam konsert tersebut.
“Untuk konsert memang banyak persiapan yang perlu dilakukan. Selain persiapan vokal, Ella juga mahu memastikan diri cukup berstamina. Sekarang ini Ella sering ke gim untuk bersenam. Selain untuk stamina, Ella juga ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana berat badan Ella telah meningkat sebanyak 10 kilogram.
“Sebelum ini, memang jadi rutin Ella bersenam di gim, namun untuk konsert ini Ella menggandakan usaha kerana faktor masa yang sudah semakin suntuk. Ella perlu turunkan berat badan untuk tampil lebih berkeyakinan pada malam konsert itu nanti,†ujar Ella.
‘Konsert Ella 2016’ yang berdurasi selama dua jam bakal menyaksikan barisan pemain-pemain muzik handalan serta dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada Bunkface, Amy Search dan juga Korie.
Ella, 50 yang sudah hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik akui teruja dan gementar untuk menjayakan konsert itu setelah hampir 20 tahun tidak mengadakan konsert dan berharap mampu memberikan yang terbaik untuk peminat yang hadir.
Ella turut berharap peminat-peminatnya akan datang memberikan sokongan kepada konsert itu kelak. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=H0Txb0GzXj0]