Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Rugi Lebih RM100,000...

KUANTAN - Seorang guru wanita kerugian lebih RM100,000 dalam tempoh sebulan lebih selepas...

Presiden Turki Akan Hadir...

LOUISVILLE - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan menghadiri majlis pengebumian legenda tinju dunia...

Gempa Bumi 2.7 Magnitud...

SEOUL - Gempa bumi kecil menggegarkan kawasan berhampiran lapangan ujian nuklear Korea Utara,...

Manis! Isteri Erwin Carrillo,...

KAMI cukup respect dengan tindakan yang diambil oleh isteri kepada pemain bola sepak import...

Beri Ruang & Peluang Ahmad Razif Tadbir Negeri – Rakyat T’ganu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman perlu diberi ruang dan peluang untuk mentadbir negeri ini sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dua tahun lalu.

Gesaan ini merupakan harapan rakyat Terengganu berikutan tercetus kontroversi usul undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) beberapa hari lalu.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai berpendapat mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kuasa di negeri ini perlu mengutamakan kepentingan rakyat walaupun kedua-dua pemimpin itu mempunyai pendekatan tersendiri bagi mencorakkan masa depan kerajaan negeri.

Bagi mereka, peralihan kuasa yang berlaku antara Ahmad dan Ahmad Razif adalah perkara biasa apabila sudah tiba masa seseorang pemimpin itu perlu berundur daripada memegang jawatan selain perlu sentiasa ‘berlapang dada’ apabila berdepan apa jua keadaan.

Kebanyakan yang ditemui tidak mahu negeri ini terus dilanda kontroversi atau krisis sepertimana yang pernah berlaku antara Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad pada 2014.

Fatimah Mohamad, 67, dari Kemasik, Kemaman, di sini berkata rakyat Terengganu telah menikmati pelbagai kelebihan sepanjang Barisan Nasional (BN) memerintah malah ia lebih baik daripada negeri lain.

“Pelbagai bantuan disediakan. Beliau (Ahmad Razif) meneruskan apa yang telah dirancang ketika zaman Ahmad Said. Kami orang kampung lihat perkembangan tersebut cuma sekarang kuasa bukan lagi milik Ahmad Said.

“Rumah untuk golongan miskin juga banyak dibina. Dengarnya ingin dibina lagi. Apabila ada kebakaran melibatkan mereka yang tidak berkemampuan, saya dikhabarkan Menteri Besar bersedia membantu membina rumah baharu, kadang-kadang rumah yang dibina itu lebih baik daripada yang terbakar tu. Jadi sebagai rakyat, apa lagi yang kita tak nak bersyukur,” katanya.

Mohamad Ismail, 54, dari Kuala Terengganu berkata walau siapa pun yang dilantik menjadi Menteri Besar, mereka tentunya mempunyai hala tuju yang tersendiri untuk membentuk pentadbiran.

Katanya sebagai bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad seharusnya memberi peluang dan ruang untuk Ahmad Razif memimpin kerajaan negeri.

“Bagi saya, baik Ahmad Razif atau Ahmad Said mereka mempuyai kelebihan yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan malahan mereka mempuyai persamaan di mana agenda untuk membantu rakyat didahulukan.

“Tiada salahnya jika pemimpin ini saling membantu dan mencurahkan idea untuk memantapkan lagi pentadbiran, politik dan hal yang berkaitan negeri,” katanya.


Bagi Osman, 45 (bukan nama sebenar), pentadbiran yang dikendalikan Ahmad Razif lebih bersederhana namun agenda rakyat tetap dilaksanakannya seperti memberi bantuan perumahan dan bantuan kepada penarik beca.

Bagaimanapun, Ahmad juga mempunyai kelebihan sendiri ketika era memimpin Terengganu melalui program memberikan bantuan E-Book kepada pelajar sekolah bagi memperkasakan pendidikan di Terengganu.

“Masing-masing mempunyai sentuhan dan corak yang berlainan baik dari segi pembangunan, agenda rakyat, kebajikan, pendidikan dan sebagainya..sebagai contoh dari segi pendidikan Ahmad Razif menyambung legasi yang ditinggalkan bagi memastikan Terengganu terus mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Ahmad Razif juga memerlukan masa dan tempoh untuk melaksanakan pembangunan dalam era pentadbirannya..baru dua tahun Ahmad Razif memimpin Terengganu, kita bagi lah beliau masa untuk laksanakan agendanya,” katanya.

Sementara itu, Mahadi Ali, 64, berkata Ahmad Razif telah berjaya mengubah pandangan masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional dengan keberaniannya menampilkan kelainan bagi menjaga imej Terengganu.

“Sebaik menjawat jawatan itu beliau mengarahkan semua premis perniagaan ditutup ketika solat Jumaat dan melarang bukan muhrim membonceng motosikal.

“Langkah itu sekarang telah diikuti kerajaan Kelantan dan menjadi ikutan di beberapa negeri lain,” katanya.

Selasa lalu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kecoh selepas Ahmad Said membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun, speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu yang dibuat tanpa notis dan melanggar peraturan DUN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori