Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut, Tujuh Termasuk...

Tanah Merah : Wanita maut, manakala tujuh individu lain termasuk bayi cedera dalam...

Terperangkap Bersama Mayat Suami

Johor Bahru - Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas lumpuh yang terperangkap...

Mohamad Fail Rayuan Keputusan...

SEREMBAN - Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan...

Tunjuk Kemaluan, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

BLAID: Toyota Cipta Peranti Baharu, Bantu Orang Buta

SELAIN daripada projek pengangkutan, Toyota juga mempunyai beberapa projek lain dan terbaharu, mereka telah mengumumkan satu projek yang dipanggil sebagai Project BLAID.

Projek unik kelolaan Toyota Amerika Syarikat ini dihasilkan untuk memberi bantuan khas kepada orang buta dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Ia sebuah peranti yang dipakai di bahu disertakan dengan kamera untuk mengesan objek berada di hadapan bagi memudahkan si pemakai untuk mengenal pasti apa yang berada di hadapan.

Objek ini boleh dikawal melalui input suara, dan ia akan memberikan maklum balas dalam bentuk haptik kepada pemakai. Lebih jelas, peranti ini akan mengimbas kawasan sekeliling dan akan memberitahu apa yang dilihat.

Gergasi automotif antarabangsa yang berpangkalan di Jepun juga memberitahu mereka masih merancang untuk menambah lebih banyak teknologi pada alat ini, termasuk teknologi mengecam wajah.


Projek ini bertujuan menyelesaikan beberapa masalah yang tidak dapat diatasi oleh peranti sedia ada bagi mereka yang berdepan dengan masalah penglihatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori