Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Pelancaran Kad Sistem Link...

GEORGE TOWN - Semua pengguna sistem perkongsian basikal di Pulau Pinang kini mempunyai...

Mayat Bayi Dengan Kesan...

SERDANG - Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan berusia lapan bulan...

Pusat Milik AYATA Beri...

KUALA LUMPUR – Pusat baharu, yang dibina oleh Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Tabai...

Wanita Dibaham Buaya Ketika...

SIBU - Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan...

Blok Baharu PAS Gabung Dengan Parti Sosialis, Perkasa?

KHABARNYA blok baharu pembangkang yang diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen pada 10 Mac dipercayai akan menyaksikan banyak kejutan di luar jangkaan banyak pihak sendiri.

Parti berjenama Islam itu bakal mencipta rekod apabila membentuk gabungan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan, Perkasa.

Gabungan ini akan membentuk pakatan pembangkang kedua selepas DAP, PKR dan PAN bergabung dalam Pakatan Harapan ekoran Pakatan Rakyat yang diwujudkan pada 2013 tiba-tiba drastik dibubarkan tahun lalu.

Sebuah portal politik tempatan, Agendadaily mendedahkan, walaupun Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan pembabitan partinya dalam gabungan tersebut, namun itu hanya helah ‘penafian politik’.

Beliau mendakwa Ikatan tiada menerima jemputan rasmi waima parti itu diketahui mesra PAS dan pada masa sama tidak terikut rentak kumpulan pro-Mahathir Mohamad yang memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Mesyuarat bulanan PAS pada Rabu yang dipengerusikan sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara dasarnya sudah memberikan ‘lampu hijau’ untuk PAS mengetuai gabungan pembangkang baharu tersebut.

PSM yang sebelum ini diketahui tegar pro-Pakatan Rakyat dilihat semakin menjauhi Pakatan Harapan selepas langsung diketepikan PKR, DAP dan PAN sehingga terpaksa mencari rakan baharu untuk memperkuatkan parti.

Manakala Ikatan yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman langsung dalam sebarang pilihan raya memerlukan kekuatan dari segi jentera ahli dan kader daripada PAS bagi mempromosikan agenda siasah parti kecil tersebut.

Sementara itu Perkasa merupakan NGO pro-Melayu dikecam baru-baru ini ekoran presidennya, Datuk Ibrahim Ali terlibat majlis kontroversi deklarasi ‘bodoh’ diketuai Mahathir Mohamad yang juga disertai tokoh DAP dan PKR.

Pada Khamis, Takiyuddin enggan mendedahkan nama parti sekutu PAS buat masa ini tetapi melahirkan keyakinan bahawa blok terbaharu itu bagi memastikan PAS kekal relevan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Kerjasama politik antara parti dengan parti untuk menghadapi PRU 14, semestinya pembangkang. Di Malaysia ada lebih 20 parti politik berdaftar, jadi ada yang kepunyaan satu kelompok dan ada parti kepunyaan satu bangsa.


“Namun semuanya diwujudkan untuk tujuan menghadapi PRU akan datang. Sebab itu kita sudah mengumumkan bahawa kita memang adalah blok pembangkang iaitu sebagai blok politik ketiga,” kata Takiyuddin lagi.

Ditanya sama ada parti sekutu itu merupakan salah satu parti dalam Pakatan Harapan, ujarnya PAS secara jelas memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada tahun lalu.

“Kita sudah beritahu bahawa dalam perlembangaan PAS sendiri, kita sedia malah boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai arah tuju politik yang sama dengan kepentingan PAS.

“Kecuali DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan, kami masih Pakatan Rakyat dengan kerjasama PKR. Kerjasama ini adalah berkonsepkan muafakat dengan satu parti politik dan bukan langsung dengan Pakatan Harapan.

“Kami adalah pembangkang dan ada parti lain yang akan sertai PAS,” jelas Takiyuddin tanpa mengulas laporan PSM dalam satu kenyataan media segera menafikan parti tersebut bakal bergabung dalam blok baharu itu.

Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugam berkata, pihaknya menyangkal sekeras-kerasnya cakap-cakap politik konon PSM akan bergabung dengan PAS pada 16 Mac depan sebagai tidak benar dan mustahil boleg berlaku.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik memberitahu sebuah portal tempatan bahawa pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ura PAS merancang bergabung dengan NGO dan parti tertentu.

“Tak tahu… Tidak dapat maklumat,” katanya. Ketika PRU pada 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA – parti serpihan PAS, namun, kesemua calon itu kalah. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori