SEREMBAN – Tiada gegaran dilaporkan di Port Dickson akibat gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku di barat daya Sumatera, Indonesia malam tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai gegaran di Port Dickson mahupun di negeri ini.
“Tiada laporan kejadian gegaran bangunan atau kerosakan akibat gempa bumi itu di negeri ini. Saya nafikan kononnya berlaku gegaran di Port Dickson seperti yang tersebar dalam media sosial,” kata Pengarahnya, Norazam Khamis kepada Bernama di sini, hari ini.
Pada masa sama, katanya, beliau telah mengarahkan semua balai bomba supaya bersiap sedia dan berterusan memantau perkembangan terkini gempa bumi itu. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]EX7FTpbrBHs[/wpdevart_youtube]