LONDON – Kerajaan Britain buat julung kali akan mengenakan cukai gula ke atas semua jenis minuman ringan yang akan dikuatkuasakan dalam tempoh masa dua tahun lagi, lapor media tempatan pada Jumaat.
Pelaksanaan kali pertama cukai gula tersebut bakal dikenakan ke atas air minuman yang dijual secara komersial kepada pengguna di pasaran dan lazimnya ia mengandungi lima gram gula bagi setiap 100 milimeter.
Usaha itu dilakukan untuk menangani isu kegemukan dalam kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat di Britain dan dikaitkan dengan sikap terlalu banyak mengambil minuman ringan sangat tinggi kadar gulanya.
Rakyat Britain berdasarkan kajian bebas minum sebanyak 14.8 bilion liter air minuman ringan pelbagai jenama sepanjang tahun lalu atau secara purata ia bersamaan dengan 233 liter bagi setiap orang penduduk.
Pejabat Kewangan Britain mencadangkan cukai gula itu buat permulaan hanya 20 pence (kira-kira RM1.17) dan ia tidak meliputi produk jus buah-buahan atau minuman berasaskan tenusu yang dikecualikan levi tersebut.
Susulan pengumuman rasmi pihak kerajaan Britain itu, beberapa buah negara lain termasuk Australia dan New Zealand juga merancang akan mengambil langkah sama dalam masa terdekat demi menangani isu obesiti.
Para penganalisis kesihatan juga mengalu-alukan pelaksanaan cukai baharu itu dalam usaha mendidik pengguna untuk tidak mengambil minuman manis sebaliknya lebih memilih produk yang kurang atau bebas gula.
Profesor Isabelle Szmigin dari Universiti Birmingham dekat sini menyatakan: “Ia amat penting untuk pihak kerajaan memandang serius isu gula dengan serius dan kaitannya terhadap masalah kegemukan penduduk.”
“Cabaran baharu sekarang ini ialah jika pengilang-pengilang besar produk minuman ringan akan mengubah kandungan air yang dihasilkan, daripada hanya menaikkan harga,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
mexican border pharmacies shipping to usa: cmq mexican pharmacy online – buying prescription drugs in mexico
mexican pharmaceuticals online
https://cmqpharma.com/# mexico drug stores pharmacies
pharmacies in mexico that ship to usa