Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Berang Ditegur, Enam Lelaki...

MELAKA: Padah memukul dua beranak warga tempatan sehingga salah seorang daripadanya koma, enam...

Video: Peranti Dikatakan iPhone...

KETIKA pertama kali dihasilkan oleh Apple, iPhone generasi pertama hanya mempunyai skrin sebesar...

Ketepi Perselisihan Kerajaan Negeri,...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah, sebarang perselisihan atau perbezaan melibatkan hubungan kerajaan...

Polis Nafi Serbu Apartmen...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis...

BSN Sasar 72,000 Pemegang Baharu Kad Kredit Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan 72,000 pemegang baharu kad kredit tahun ini, meningkat 20 hingga 30 peratus daripada tahun lepas, kata Naib Presiden/Ketua Jabatan Perniagaan Kad Mohd Sofian Amirudin.

Beliau berkata corak perbelanjaan pelanggan yang dijangkakan terus berkembang antara 30 dan 40 peratus tahun ini serta menerusi pengenalan beberapa kad baharu oleh BSN, akan membantu bank milik kerajaan itu mencapai sasarannya.

BSN akan terus menarik pelanggan daripada industri pendidikan selain penjawat awam, berdasarkan kadar menarik yang ditawarkan oleh segmen berkenaan.

“Guru merupakan pasaran yang besar bagi kami. Kami telah memperkenal ‘1Teacher Card’ pada kadar keuntungan rendah 8.8 peratus untuk mer3eka. Ini merupakan kadar paling rendah dalam negara berbanding 17.5 peratus yang dikenakan oleh kebanyakan bank lain,” kata Mohd Sofian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen ‘Impian Tunai 8 Kembali Lagi’ BSN oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Ahmad Latfan di sini hari ini.


Setakat ini, asas pelanggan BSN bagi kad kredit sebanyak 200,000 dengan nilai perbelanjaan bulanan sebanyak RM60 juta.

Bagi kad 1Teacher Card, BSN kini mempunyai lebih 80,000 ahli, dan menyasarkan untuk mengelaurkan 30,000 kad tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori