Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akhirnya 146 Penduduk Kempas...

HASRAT 146 penduduk dari empat kampung di sini memiliki geran tanah sendiri akhirnya...

Sawit: Malaysia Mahu Lawat...

KLANG: Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) merancang untuk mengadakan lawatan kerja ke...

Masakan Ahmad Maslan Sumpah...

FIKIR dua kali kalau Ahmad Maslan menjemput anda makan masakan tanpa GST beliau!Lihat...

Mengapa Negara Teluk Berat...

ANTARA tuntutan Arab Saudi dan sekutu anti Qatar yang paling memalukan ialah mendesak...

Budak 10 Tahun Maut Dalam Serangan Udara Israel

Gaza – Seorang budak lelaki Palestin berusia 10 tahun maut selepas kediamannya terkena serpihan peluru berpandu yang dilancarkan dari jet pejuang tentera Israel di sini semalam.

Serangan udara itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

Tentera Zionis berkata, jet pejuang rejim itu menyerang empat kem latihan Hamas selepas empat roket mendarat di kawasan terbuka di selatan Israel pada lewat kelmarin.

Bagaimanapun, serangan roket itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

Penduduk Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza memberitahu, Yassin Abu Khoussa maut selepas serpihan peluru berpandu Israel terkena rumahnya yang terletak bersebelahan kem latihan berkenaan.


Pegawai perubatan berkata, adik perempuannya yang berusia enam tahun pula cedera.

Yassin penduduk Palestin pertama terbunuh dalam serangan udara Israel sejak Oktober tahun lalu.

Tentera Israel memberitahu, sejak tahun ini sebanyak tujuh roket termasuk serangan kelmarin dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke negara itu. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori