MIAMI – Seorang budak lelaki empat tahun menembak bahagian belakang ibunya secara tidak sengaja, menyebabkan wanita peminat senjata itu cedera teruk dan berhadapan kemungkinan didakwa, kata polis.
Penyokong tegar hak kebebasan penggunaan senjata, Jamie Gilt, 31, yang sehari sebelum itu dilaporkan bercerita mengenai kehebatan anaknya bermain senjata secara online, akhinrya ditembak anaknya sendiri pada Selasa.
“Siasatan kami mendedahkan senjata api itu dimiliki secara haram oleh mangsa dan kanak-kanak itu pula didapati mengambil ia tanpa pengetahuan ibunya,” kata Pejabat Sherif Putnam di Florida dalam satu kenyataan.
Gilt, yang kini dalam keadaan stabil, cedera teruk sehingga polis tidak dapat menyoal siasat beliau. Namun dia diberi amaran berdepan tindakan polis selepas mengetahui bagaimana budak lelaki itu dapat senjata berkenaan.
Pistol jenis .45 kaliber itu ditemui anak lelaki Gilt di atas lantai sebuah trak pikap milik wanita tersebut, lapor media tempatan Amerika Syarikat. – AFP