Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tonggak Sukma Ganti Import...

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari...

Pengecualian Sewa 6 Bulan...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua...

Goldman Sachs Bebas Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Goldman...

ATM Akan Bantu Pastikan...

KUBANG PASU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu bagi memastikan proses sebelum,...

Budak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Rumah 2 Tingkat

MIRI – Seorang budak lelaki berumur 10 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Padang Kerbau, Kampung Pujut di sini pada kira-kira 6 pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kong berkata, budak lelaki itu dikenali sebagai Mohd Farisikmal Taib dan menurutnya tingkat bawah rumah itu turut dijadikan bengkel membaiki kereta.

“Mangsa dipercayai tidur di tingkat satu dan kemudian lantai runtuh (akibat kebakaran itu), mangsa jatuh ke bawah di ruang tempat letak kereta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Law berkata anggota keluarga mangsa yang terdiri daripada tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata empat buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.


Katanya anggota bomba tiba ke lokasi kebakaran pada 6.09 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada 6.27 pagi.

Punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori