Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Love, Rosie – Dari...

Ibarat bait-bait lirik lagu dendangan Jason Mraz dan Colbie Cailatt, Lucky, naratif penceritaan...

Kehadiran Najib Pada Majlis...

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis...

Mahathir Selamat Kembali Dari...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan...

Selaras Kuota & Harga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang menyelaraskan kuota dan harga rumah mampu milik di...

Buku Tetap Sumber Utama Maklumat – Jailani Johari

PUTRAJAYA – Peranan buku perlu terus diberi keutamaan dalam era teknologi maklumat kerana buku ditulis oleh mereka yang berkelayakan dan berdasarkan kajian, berbanding maklumat yang dimuat naik sekelip mata di media sosial, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata walaupun media sosial mempunyai pelbagai maklumat yang boleh diperoleh di hujung jari, namun masyarakat tidak tahu sama ada penyebar maklumat itu benar-benar berkelayakan, mengejar populariti atau ada kepentingan peribadi.

“Hari ini kita lihat dalam media sosial, terdapat banyak penulisan yang tidak ada langsung mempunyai adab seolah-olah masyarakat kita adalah masyarakat yang tidak bertamadun.

“Amatlah mendukacitakan sekiranya inilah bahan bacaan yang dijadikan sogokan setiap hari,” katanya ketika berucap melancarkan Bank Buku Kempen 3B (Baca Bersama Bernama) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini, hari ini.

Beliau berkata Kempen 3B perlu menjadi suara yang mempromosikan kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan budaya sihat dalam membaca dan menulis serta menjadi platform yang efektif dalam menangani gejala negatif media sosial.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang dalam ucapannya berkata kempen 3B ditampilkan dalam konsep ‘trendy’ dan tidak formal untuk menyemai tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Kempen ini juga sama dengan tugas seorang wartawan yang dilatih untuk membaca dan menulis selain bertanggungjawab memproses maklumat setiap masa,” katanya.

Bank Buku Kempen 3B yang dilancarkan hari ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk menggalakkan masyarakat menyumbang buku yang telah dibaca kepada bank buku.

Buku yang terkumpul daripada Bank Buku Kempen 3B kemudian akan disumbangkan balik kepada masyarakat yang memerlukannya khususnya kepada kalangan asnaf, masyarakat Orang Asli dan anak-anak pelarian.

Orang ramai boleh menyumbang buku dengan memasukkan buku ke dalam peti-peti Bank Buku 3B yang akan ditempatkan di tempat-tempat awam terpilih seperti di lobi KKMM, di premis agensi-agensi di bawah KKMM, cawangan-cawangan Bank Rakyat terpilih dan juga rakan strategik Kempen 3B.


Kempen 3B merupakan kempen galakan budaya membaca dan menulis karya yang membina dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kempen 3B telah dilancarkan oleh isteri Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga penaung kempen, Datuk Raya Erom di Wisma Bernama pada Disember tahun lepas.

Komponen utama kempen 3B ialah bank buku, jambori membaca, penerbitan buku, pengumpulan dana, kempen promosi dan perpustakaan angkat dalam usaha mengembangkan lagi minat membaca.

Kempen 3B yang dipelopori Bernama merupakan perkongsian bijak dengan beberapa rakan strategik seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Persatuan Pustakawan Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Kuala Lumpur, Pusat Sumber KKMM, Perpustakaan Bank Rakyat dan Perbadanan Kota Buku.

Sharifah Khatreena Nuraniah, puteri sulung Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan ikon kempen 3B.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh; Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Datuk Mokhtar Hussain dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori