Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tanding Presiden UMNO: Khairy...

PUTRAJAYA : “Let's see (tengok nanti),” kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin...

Tahun 2016 Brader Ini...

SEJAK semalam nama lelaki ini, @ezrinmn menjadi trending di laman mikro Twitter gara-gara...

Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara...

KUCHING - Mahkamah Tinggi hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 10 kepada 6...

PAS Kutuk Cubaan Gulingkan...

KUALA LUMPUR - PAS berdiri teguh bersama rakyat Turki yang telah memilih kerajaannya...

Merpati Diguna Pantau Pencemaran Udara Di London

LONDON – Kawanan burung merpati merupakan suatu pemandangan yang biasa dilihat di bandar-bandar besar, berterbangan mencari makan di celah-celah bangunan serta mengutip sisa-sisa makanan yang terdapat di atas jalan raya.

Lain pula pula aktiviti burung berwarna kelabu ini apabla Plume Labs melancarkan satu projek yang diberi nama Pigeon Air Patrol bagi memantau kualiti udara selama tiga hari di sekitar bandar London.

Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaan udara melalui aplikasi Twitter yang dipasang pada burung merpati dan dihubungkan kepada penduduknya untuk mendapatkan maklumat kualiti udara khusus bagi lokasi mereka dalam masa yang nyata.

Projek ini menggunakan merpati yang telah dilatih dan dilengkapi dengan beg galas khas seperti pengesan alam sekitar untuk membaca tahap pencemaran udara di sepanjang kawasan yang dilalui oleh burung itu.

Pigeon-Air-Patrol-backpacks-889x610
Beg galas khas dilengkapi alat pengesan.

Peralatan yang ringan dan dilengkapi Global Positioning System (GPS) ini tidak mengganggu keupayaan burung terbang sambil mengumpul data-data yang diperlukan.

Plume Labs menggunakan aplikasi Twitter untuk menyebarkan laporan yang diperolehi dari ‘agennya’ dari masa ke masa malah menyeru penduduk London turut berinteraksi dalam projek berkenaan melalui @PigeonAir bagi mengatahui status pencemaran udara sesuatu kawasan dari sudut pandangan seekor merpati.


Pigeon-Air-Patrol-report-1020x610
Aplikasi Tweet yang digunakan.

Menurut syarikat itu, burung merpati itu milik seorang lelaki bernama Brian dan jangka hayat burung merpati tersebut empat kali ganda lebih lama berbanding merpati biasa.

Merpati-merpati ini akan dilepaskan semula ke persekitarannya setelah projek berkenaan selesai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori